PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa kerajaan bercadang untuk mengeluarkan sijil tidak halal kepada barangan yang tidak halal.
Sumber gambar : Facebook
SEBENARNYA :
Kerajaan tidak bercadang untuk mengeluarkan sijil atau cap tidak halal ke atas barangan yang diharamkan kepada umat Islam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peruntukan mengenai kawalan pensijilan, logo dan tanda halal adalah di bawah Akta Perihal Dagangan 2011(APD 2011) di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) dan (Takrif Halal) 2011.
SUMBER :
Facebook Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri