PALSU:
Tular di media sosial laporan bahawa beberapa orang warga asing telah diselamatkan polis dari sindiket pemerdagangan manusia, di Felda Kampung Charok Keladi, Pokok Asam, Pendang, Kedah.
SEBENARNYA:
FELDA menafikan kejadian sembilan warga asing yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang dibongkar polis berlaku dalam kawasan pentadbirannya.
Pegawai Perhubungan Awam dan Studio FELDA, Masheema Zulkefli, berkata FELDA Kampung Charok Keladi di Pokok Asam, dekat Pendang yang dinyatakan sebagai lokasi kejadian seperti dilaporkan dalam semua media cetak dan media dalam talian itu tidak wujud.
SUMBER: