Sistem Pilihanraya Tidak Telus, PRU14 Perlu Badan Pemantau Asing?

TULAR:
454

PENJELASAN :

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperjelaskan dakwaan bahawa sistem pilihan raya yang diamalkan di negara ini tidak telus, sepertimana yang dibangkit pihak-pihak tertentu.

Sumber gambar: Facebook.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengundang pemerhati pilihan raya antarabangsa bagi meninjau ketelusan proses pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang sepertimana yang dilakukan pada PRU terdahulu, kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata SPR juga melantik wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) tempatan sebagai pemerhati di samping pemerhati tetap yang terdiri daripada wakil-wakil calon yang juga merupakan anggota daripada parti-parti yang bertanding.

“Untuk pengetahuan, pada PRU ke-13 yang lepas, SPR telah mengundang pemerhati pilihan raya antarabangsa daripada beberapa negara.

“Pada PRU14 ini juga, SPR akan mengundang pemerhati-pemerhati pilihan raya untuk meninjau ketelusan proses pilihan raya. Mereka ini terdiri daripada pemerhati tempatan dan juga luar negara,”.

Beliau berkata sistem pilihan raya yang diamalkan di negara ini adalah telus dan adil serta tidak sepertimana yang digambarkan oleh pihak tertentu.

SUMBER :

Astro Awani

Utusan Malaysia