Skim Pelaburan yang Menggunakan Nama KSU MITI Adalah Palsu

TULAR:
14

Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI):

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) ingin memaklumkan bahawa nama Ketua Setiausaha MITI, Dato’ Hairil Yahri Yaacob telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam satu skim pelaburan yang diragui kesahihannya. Akaun ini menggunakan nama Dato’ Hairil Yahri Yaacob di dalam saluran Telegram “Ministry of International Trade and Industry” di aplikasi Telegram.

MITI menafikan sekeras-kerasnya sebarang penglibatan Ketua Setiusaha MITI dalam skim pelaburan ini atau mana-mana skim pelaburan lain di mana-mana aplikasi atau platform, termasuk media sosial.

Oleh itu, MITI akan mengambil tindakan segera dengan:

✅ Melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

✅ Mengemukakan laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

Dalam hal ini, MITI ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa:

✅ Berhati-hati dengan tawaran pelaburan yang mencurigakan;

✅ Memastikan kesahihan maklumat melalui saluran rasmi sebelum mengambil sebarang tindakan;

✅ Tidak berkongsi maklumat peribadi dengan mana-mana pihak yang tidak dikenali; dan

✅ Sebarang maklumat lanjut atau aduan berkaitan boleh disalurkan kepada pihak berkuasa atau melalui saluran rasmi MITI.

SUMBER:

Facebook Rasmi MITI

Instagram Rasmi MITI

X Rasmi MITI


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI