PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengutip yuran tambahan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
SEBENARNYA :
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memaklumkan bahawa pihaknya tidak pernah melantik agen/individu bertujuan mengutip yuran untuk penyediaan pelaksanaan GST.
SSM berkata, pihaknya telah menerima laporan bahawa terdapat segelintir pihak/individu yang menganjur, melaksana, atau menjalankan aktiviti berunsur penipuan/pemerdayaan dengan menggunakan nama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).