Starbucks Mengandungi E471?

TULAR:
3566

PALSU :

Mesej tular menggunakan aplikasi WhatsApp mendakwa bahawa beberapa minuman Starbucks haram kerana ia mengandungi E471 (Emulsifier 471) dan bahan tambahan makanan berasal daripada babi.
Sumber gambar: facebook.com

SEBENARNYA :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberi jaminan bahawa minuman Starbucks adalah halal selepas mesej yang tular berkaitan status halal produk yang ditawarkan francais tersebut mendakwa sebaliknya.

Wakil dari Bahagian Hab Halal Jakim memberitahu bahawa mesej itu bukan perkara baharu dan pernah diviralkan pada tahun 2014.

SUMBER :

Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM

Mstar

The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI