Stok Beras Negara Hanya Mampu Bertahan Selama 2.5 Bulan Adalah Tidak Benar

TULAR:
1903

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Menteri Pertanian dan Industri Makanan:

Kementerian ingin menafikan laporan media yang menyatakan bahawa jumlah stok beras negara hanya mampu bertahan selaman 2.5 bulan.

Stok semasa beras tempatan yang berada di peringkat kilang, pemborong dan peruncit adalah sebanyak 523,000 tan metrik. Ini tidak mengambil kira stok pengeluaran beras tempatan dan beras import yang berada dalam negara.

Buat masa ini, import beras juga tidak terjejas dan berjalan seperti sedia kala. Selain negara Vietnam, beras turut diimport dari negara-negara pengeluar lain seperti Thailand, Pakistan, Myanmar, India, Cambodia dan lain-lain. Syarikat Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) juga diarahkan oleh Kerajaan untuk memastikan dan mempertingkatkan bekalan beras import dalam negara. Walau bagaimanapun, kebergantungan kepada beras import hanya 30% daripada keseluruhan keperluan dalam negara.

Sehubungan dengan itu, jumlah stok semasa beras dengan mengambil kira pengeluaran tempatan dan import adalah stabil, terkawal dan konsisten bagi menampung keperluan dalam negara yang berterusan.

Kementerian juga akan terus memantau bagi memastikan bekalan beras sentiasa mencukupi untuk menampung keperluan bulanan negara sebanyak 200,000 tan metrik.

SUMBER:

Kenyataan Media Menteri Pertanian Dan Industri Makanan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI