Syabas Kenakan Caj RM3 Untuk Pengeposan Bil Air Bermula 1 Januari 2018?

TULAR:
1244

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan mengenakan caj RM3 terhadap pengguna yang ingin mendapatkan bil air menerusi perkhidmatan Pos Malaysia bermula 1 Januari 2018.

Gambar hiasan. Sumber gambar: Kosmo.

SEBENARNYA:

Syabas menafikan mengenakan caj RM3 terhadap pengguna yang ingin mendapatkan bil air menerusi perkhidmatan Pos Malaysia bermula 1 Januari 2018.

Syabas dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu tidak akan mengenakan sebarang caj untuk penghantaran bil air melalui pos.

SUMBER:

Bernama

Kosmo

The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI