Tanah Kementerian Pertahanan Dimiliki Tiga Individu?

TULAR:
635

PENJELASAN:

Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) memperjelaskan dakwaan kononnya bahawa tanah MINDEF dimiliki oleh tiga individu.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Kementerian Pertahanan Malaysia, dakwaan kononnya terdapat sebuah syarikat yang terdiri daripada tiga individu yang mengawal pelaksanaan projek-projek mengikut kaedah land swapping oleh Kementerian Pertahanan adalah tidak benar.

Selain itu, dakwaan kononnya keseluruhan tanah Persekutuan yang digunakan oleh Kementerian Pertahanan dipindahmilik kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh tiga individu ini juga adalah tidak benar.

SUMBER:

Facebook Kementerian Pertahanan

Utusan Online

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI