PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa tarif air Johor naik 10-12% .
SEBENARNYA :
Kerajaan negeri Johor menafikan bahawa tarif air di Johor akan naik 10 hingga 12%.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan bahawa kerajaan negeri tersebut tidak menerima sebarang permintaan atau kertas cadangan untuk menaikkan tarif air negeri Johor.