Tarikh Mengundi Pada Hari Bekerja Menimbulkan Masalah Kepada Pengundi?

TULAR:
251

PENJELASAN :

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memperjelaskan dakwaan bahawa hari mengundi pada hari bekerja (Rabu) boleh menimbulkan masalah kepada pengundi yang ingin pulang ke kampung untuk membuang undi.

Sumber gambar : Facebook

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menegaskan bahawa hari pengundian pada pilihan raya umum (PRU) bukanlah kali pertama diadakan pada hari bekerja.

Beliau berkata, jika dilihat pada PRU pada tahun 1995 dan 1999, hari pengundian juga diadakan pada hari bekerja.

Menurut Datuk Seri Salleh, hari pengundian bukanlah isu utama kerana banyak kelonggaran diberikan kepada penjawat awam dan pekerja swasta pada hari mengundi.

Justeru, beliau amat berharap supaya kempen PRU ke-14 (PRU14) akan berjalan secara berhemah.

SUMBER :

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI