PENJELASAN:
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memperjelaskan dakwaan bahawa kekeruhan air di Tasik Chini disebabkan oleh aktiviti pembalakan sepertimana yang tular di media sosial.
Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, “Kekeruhan atau pencemaran yang dikatakan berlaku di Tasik Chini bukan disebabkan oleh pembalakan, perlombongan atau aktiviti manusia kerana tinjauan yang dilakukan mendapati tiada aktiviti sedemikian di kawasan sekitar tasik.”
Wan Junaidi berkata, limpahan air sungai yang terlampau banyak pada musim tengkujuh juga menyebabkan bunga teratai yang menjadi ‘trademark’ Tasik Chini mati, namun keadaan itu juga akan pulih dalam masa beberapa bulan selepas banjir berakhir kerana akar tumbuhan itu masih ada.
SUMBER: