Terdapat ‘Kabel’ Dalam Urusan Agihan Dan Penjualan Unit RUMAWIP?

TULAR:
126

PENJELASAN:

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memperjelaskan dakwaan kononnya terdapat ‘kabel’ dalam urusan pengagihan dan penjualan unit-unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP).

Sumber gambar: Facebook

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, perbuatan itu tidak berlaku kerana semua urusan pengagihan dan penjualan unit Rumawip dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan bukannya pemaju atau ejen pemaju.

“Jangan buruk sangka, percayalah apa yang kita (kerajaan) lakukan ini adalah demi rakyat kerana kerajaan yang ada sekarang ini sayangkan rakyat.”

SUMBER:

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI