Terdapat Limpahan Air Dari Empangan Kenyir, Terengganu?

TULAR:
2056
Sumber gambar: Astro Awani

PENJELASAN:

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperjelaskan dakwaan satu rakaman klip video yang memaparkan limpahan air yang didakwa dari Empangan Kenyir, Terengganu.

Sumber gambar: Facebook

TNB menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi video limpahan air empangan yang ditularkan pihak tidak bertanggung jawab di media sosial kononnya pelepasan air dari Empangan Kenyir, Terengganu.

Rakaman video tersebut bukanlah di Empangan Kenyir tetapi dari Empangan Tembat berdekatan yang memiliki kawasan tadahan berkeluasan hanya 0.05% daripada Empangan Kenyir.

Air yang dilepaskan adalah pelepasan semulajadi (natural spillage) yang disalurkan ke tasik Kenyir dan tidak perlu dibimbangi.

TNB telah membuat persiapan awal menghadapi musim tengkujuh seperti dengan menurunkan paras air empangan serta melaksanakan kerja-kerja senggaraan.

SUMBER:

Facebook Rasmi TNB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI