PENJELASAN :
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak memperjelaskan dakwaan dakwaan mengenai bekalan air di Perak yang tidak mencukupi.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, paras air di semua empangan utama di Perak adalah pada tahap memuaskan.
Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang kemungkinan ada gangguan bekalan seperti yang dialami di beberapa negeri sehingga memaksa catuan air.
“Selain itu, Perak kini berada dalam monsun barat daya dan dijangka musim tengkujuh akan melanda tidak lama lagi.”
SUMBER :