Menurut Kenyataan Media Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ):
JKNJ ingin merujuk kepada paparan yang dikongsi melalui media sosial Facebook bertarikh 2 September 2021 mengenai isu gangguan bekalan elektrik di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru sehingga menyebabkan pesakit memohon bantuan dan akhirnya meninggal. Siasatan awal telah dijalankan oleh jabatan ini.
Pada 1 September 2021 jam 11.10 malam telah berlaku insiden gangguan bekalan elektrik kuasa normal di bangunan utama Hospital Sultan Ismail Johor Bahru tetapi bekalan kuasa essential masih berfungsi sepenuhnya melalui bekalan dari generator. Tindakan awal pemeriksaan telah dijalankan oleh syarikat konsesi dan mendapati Air Circuit Breaker (ACB) dalam keadaan trip. Punca gangguan bekalan elektrik telah dikenalpasti dan kerja-kerja pembaikan telah dijalankan. Kerja-kerja penyambungan semula bekalan ditersukan sehingga jam 9.00 pagi. Tepat jam 9.30 pagi bekalan elektrik kuasa normal telah disambungkan semula untuk keseluruhan lokasi.
Tiada implikasi major kepada penjagaan perawatan pesakit yang berada di Jabatan Kecemasan, Covid Temporary Treatment Center (CTTC) dan Wad. Kebanyakan pesakit Covid kategori 3, 4 dan 5 menggunakan oxygen outlet di wad atau oxygen cylinder yang mana tidak melibatkan penggunaan elektrik. Untuk wad kritikal lain seperti ICU dan NICU, peralatan ventilator yang digunakan disambungkan terus ke plug essential. Pihak pengurusan ingin memaklumkan tiada kematian yang disebabkan oleh insiden bekalan elektrik terputus ini.