
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan media Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak:
Satu hantaran video telah dikenal pasti di aplikasi media sosial TikTok melalui pemilik akaun yang menggunakan nama ‘The King’ berkaitan Istiadat Perkahwinan Diraja Perak di Istana Iskandaria Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.
Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak menegaskan bahawa kandungan laporan akaun TikTok berkaitan sama sekali tidak benar dan dibimbangi boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.
Pejabat Duli Yang Maha Mulia tidak mengenali dan tidak ada sebarang hubungan dengan pemilik akaun TikTok tersebut, serta tidak melantik mana-mana pihak atau pemilik akaun media sosial sebagai jurucakap Istana Perak bagi sebarang majlis di Istana Perak termasuk Majlis Perkahwinan Diraja.
Perbuatan tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu hendaklah dihentikan untuk mengelakkan berlaku kekeliuan dan salah faham anggota masyarakat di samping melindungi nama baik Istana Perak.
SUMBER:
Facebook Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak






