Menurut Badan Kawal Selia Air Melaka (BKSA):
Untuk makluman paras Empangan Durian Tunggal dan Empangan Jus telah mencapai tahap 100 peratus.
Setakat ini, Kerajaan Negeri Melaka tidak membuat sebarang keputusan untuk melepaskan air dari kedua-dua empangan ini kerana kadar limpahan yang berlaku adalah terkawal iaitu hanya melalui sistem spillway sedia ada.
Kenyataan yang diviralkan berkaitan pelepasan air Empangan Durian Tunggal itu adalah tidak tepat. Ia adalah merujuk kepada pintu air (tidal gate) di sungai yang dibuka bagi melancarkan aliran air.
SUMBER:
Facebook Rasmi BKSA Melaka
Harian Metro
Astro Awani
Kosmo