Menurut Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT):
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Pejabat Timbalan Menteri Pengangkutan ingin menafikan kenyataan mengenai kenyataan YB Timbalan Menteri Pengangkutan bahawa Lapangan Terbang Baharu Lawas, Sarawak memasuki fasa akhir kajian dan lapangan terbang tersebut akan memiliki “Sky Park” untuk pesawat jet Kerajaan Sarawak, pesawat-pesawat ketenteraan daripada Wilayah Persekutuan Labuan dan pesawat komersial jenis Boeing.