Tiada Sekatan Visa Baharu Dikenakan Ke Atas Rakyat Malaysia

TULAR:
36

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri (KLN):

KLN ingin menjelaskan bahawa tiada sekatan visa baharu yang dikenakan ke atas warganegara Malaysia yang ingin melakukan perjalanan ke luar negara.

Penjelasan ini dibuat susulan penularan sebuah video yang mengelirukan di sebuah platform perkongsian video, yang secara palsu mendakwa bahawa lapan buah negara telah memperkenalkan keperluan visa baharu kepada rakyat Malaysia. Kementerian menegaskan bahawa dakwaan ini adalah sama sekali tidak benar. Sehingga kini, tiada sebarang perubahan terhadap dasar visa yang menjejaskan rakyat Malaysia di negara-negara yang disebutkan.

SUMBER:

Laman Rasmi KLN

Facebook Rasmi KLN

X Rasmi KLN


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI