Timbalan Menteri Halang Rakyat Mengundi Pada PRU-14?

TULAR:
502

PENJELASAN :

Kementeri Dalam Negeri (KDN) memperjelaskan dakwaan bahawa beliau menghalang rakyat mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan dakwaan beliau menghalang rakyat mengundi pada PRU14.

Beliau menjelaskan bahawa beliau sentiasa menggalakkan rakyat menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi.

“Siapa yang halang rakyat Malaysia mengundi, saya tak halang cuma saya kata ini semua muslihat daripada pembangkang yang memang tidak boleh bergantung kepada undi tempatan untuk memenangkan calon nomad mereka.

“Itu yang saya maksudkan bukan menghalang, malah saya menggalakkan untuk semua balik mengundi, cuma saya nak ‘highlightkan’ pembangkang itu menipu rakyat, itu sahaja.”

SUMBER :

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI