Undang-Undang Berita Palsu Bakal Digubal Bagi Tujuan Pilihan Raya Umum Ke-14?

TULAR:
269

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa cada­ngan menggubal undang-undang baharu bagi mengekang penula­ran berita palsu di internet bermotifkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menafikan dakwaan bahawa cada­ngan menggubal undang-undang baharu bagi mengekang penula­ran berita palsu di internet bermotifkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau menegaskan, langkah kerajaan itu tiada kena-mengena dengan PRU-14, sebaliknya sudah sampai masanya undang-undang khusus mengekang berita palsu digubal demi keselamatan negara.

Jelas beliau, kerajaan sudah lama memikirkan untuk menggubalnya kerana ketika ini tiada undang-undang khusus dalam menangani penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa.

SUMBER:

Bernama

Utusan Malaysia