Video Insiden Tanah Runtuh di Bukit Paya Terubong, Pulau Pinang Menenggelamkan Beberapa Buah Kereta Telah Disunting Dengan Teknologi AI

TULAR:
200

Menurut kenyataan Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Pulau Pinang, Zairil Khir Johari:

Merujuk kepada sebuah video tular berdurasi selama tujuh saat di media sosial berkenaan kejadian tanah runtuh yang didakwa berlaku di Bukit Paya Terubong Pulau Pinang, termasuk aliran air deras sehingga menyebabkan pokok menimpa beberapa buah kenderaan, video tersebut adalah palsu yang telah disunting daripada klip asal menggunakan teknologi AI.

Insiden tersebut disahkan berlaku pada 24 Oktober 2025 tetapi tidak seteruk seperti yang dipaparkan di dalam video berkenaan.

Video berkenaan menyebabkan ramai pengguna di media sosial cemas dengan bencana yang berlaku selain ramai yang mendoakan agar penduduk berhampiran terhindar daripada sebarang insiden tidak diingini.

SUMBER:

Facebook Rasmi Zairil Khir Johari (Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Pulau Pinang)

Portal Berita Harian

Facebook Rasmi Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI