Waspada Wabak Rabies

TULAR:
729

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan wabak Rabies.

19554799_10154506171336237_2198791464869426564_n

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan satu (1) kes kematian yang baru di Sarawak telah disahkan rabies pada 5 April 2018 melalui ujian makmal. Bagi tahun 2018, jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak sehingga 5 April 2018 adalah sebanyak dua (2) kes. Tiada kes rabies dalam kalangan manusia dilaporkan dari negeri lain di Malaysia.

Semenjak 30 Jun 2017 hingga 5 April 2018, terdapat lapan (8) kes rabies di Sarawak, di mana tujuh (7) kes meninggal dunia, satu (1) kes telah didiscaj dari hospital dan diberikan rawatan di rumah.

Sehingga 5 April 2018, terdapat 30 kawasan di lima (5) bahagian di Sarawak iaitu Bahagian Serian, Bahagian Sri Aman, Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan dan Bahagian Sarikei yang telah diisytiharkan kawasan jangkitan rabies oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Sehubungan itu, Active Case Detection (ACD) bagi mengesan kes gigitan anjing mengikut prosedur sedia ada telah dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak dan Pejabat Kesihatan Bahagian yang terlibat.

KKM menasihati orang awam yang tinggal di lima (5) bahagian tersebut di Sarawak agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan daripada dijangkiti penyakit rabies:

  • Cuci bahagian tubuh yang digigit dengan sabun dan air mengalir bagi menghilangkan kesan air liur;
  • Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan haiwan seperti anjing atau kucing peliharaan yang agresif atau anjing liar;
  • Pastikan anjing atau kucing peliharaan telah mendapatkan suntikan vaksin anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama haiwan atau anjing liar;
  • Jika anjing atau kucing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat;
  • Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal; dan
  • Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.

SUMBER:

Laman Rasmi KPK Kesihatan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI