WASPADA:
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan wanita dari luar negara yang mencari dan menipu mangsa dalam kalangan lelaki rakyat tempatan. Wanita warga luar negara tersebut akan berkawan dengan mangsa sebelum memujuk mangsa untuk melakukan aksi tidak senonoh dengan menggunakan webcam bagi tujuan merekod adegan tersebut dan mengugut mangsa memberikan wang sebagai balasan untuk tidak menyebarkan video terbabit.
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan :
1) Sentiasa berwaspada apabila berkawan melalui internet.
2) Jangan sesekali bersetuju dengan permintaan yang boleh memerangkap anda seperti memberikan butir-butir akaun wang, butir-butir peribadi, mempamerkan tubuh badan dan lain-lain.
3) Tetapkan akaun anda dari “public” kepada “private”.
4) Semak semula senarai rakan anda di media sosial. “Remove” individu yang tidak anda kenali secara peribadi.
5) Hubungi segera pihak polis jika menerima ugutan kewangan sehingga boleh mengancam nyawa anda.
SUMBER: