Wanita Kehilangan Simpanan Rm30,000 Dalam Akaun Tabung Haji Adalah Tidak Benar

TULAR:
13

SEBENARNYA:

Menurut Lembaga Tabung Haji (TH):

Hantaran di laman media sosial mengenai seorang wanita kehilangan simpanan RM30,000 dalam akaun Tabung Haji adalah tidak benar.
Sebaliknya, wang yang didakwa hilang itu sebenarnya telah dimasukkan ke dalam akaun bank milik pendeposit sendiri dan kejadian tersebut berlaku pada Mac 2024.

Pada 9 Mac 2024, pihak pengurusan TH telah berjumpa dengan pendeposit tersebut di Kuching, Sarawak dan beliau telah melahirkan rasa kesal serta membuat permohonan maaf.

Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan simpanan pendeposit di TH adalah 100% dijamin oleh kerajaan selaras dengan Akta Tabung Haji 1995.

SUMBER:

Facebook Rasmi TH

Instagram Rasmi TH

X Rasmi TH


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI