Menurut Jabatan Peguam Negara (AGC):
AGC memandang serius dan kesal terhadap penyebaran maklumat palsu dan mengelirukan yang tular di media sosial khususnya akaun Facebook palsu AGC, “Putrajaya AGC”.
Orang ramai adalah dinasihatkan agar menghentikan sebarang perkongsian maklumat, berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran perkhidmatan oleh akaun palsu tersebut.