Waspada Akaun-Akaun Palsu yang Menyamar Sebagai Kerabat Diraja Pahang di Pelbagai Platform Media Sosial

TULAR:
20

Menurut Kesultanan Pahang:

Orang ramai diminta tidak terpedaya dengan kewujudan akaun-akaun palsu yang muncul di pelbagai platform media dengan menggunakan nama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Istana Pahang menafikan kewujudan sebarang akaun media sosial peribadi milik Paduka Baginda malah segala pemberitahuan berkenaan aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang.

Isu sama yang turut ingin dijelaskan ialah mengenai akaun media sosial milik Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KDPB Tengku Ampuan Pahang hanya memiliki akaun sosial yang aktif di Instagram dan TikTok sahaja menggunakan nama Tengku Ampuan Pahang manakala KDPM Tengku Mahkota Pahang hanya mempunyai satu akaun media sosial sahaja iaitu akaun di Instagram dengan nama this.7.

Istana Pahang menafikan kewujudan sebarang akaun media sosial yang diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan berharap agar tiada yang terpedaya dengan penyamaran yang cuba mengelirukan orang ramai.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kesultanan Pahang

Instagram Rasmi Kesultanan Pahang

TikTok Rasmi Kesultanan Pahang


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI