
Menurut Halaman Facebook Rasmi Istana Pahang (Kesultanan Pahang):
Istana Pahang mengesan wujudnya akaun Facebook yang menggunakan nama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dikesan malah aktif membalas komen pengguna lain sehingga menimbulkan kekeliruan.
Istana Pahang menegaskan bahawa Paduka Baginda tidak mempunyai sebarang akaun media sosial dan sebarang aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang dan portal Istana Pahang sahaja.
Isu sama yang turut ingin dijelaskan ialah mengenai akaun media milik Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
KDPB Tengku Ampuan Pahang hanya memiliki akaun sosial yang aktif di Instagram namun ia bersifat peribadi manakala KDPM Tengku Mahkota Pahang hanya mempunyai akaun di Instagram dengan nama this.7.
Manakala di platform media sosial lain seperti instagram, TikTok, Youtube dan aplikasi X hanya menggunakan nama Kesultanan Pahang manakala portal rasmi Istana Pahang ialah istanapahang.my.
SUMBER:
Facebook Rasmi Kesultanan Pahang
Instagram Rasmi Kesultanan Pahang