
Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia:
JPJ Malaysia telah menerima aduan berhubung akaun TikTok palsu JPJ yang diwujudkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pemilik akaun media sosial Tiktok tersebut bertindak mempromosikan pemilikan lesen memandu tanpa ujian.
JPJ ingin menegaskan bahawa akaun tersebut adalah palsu dan bukan milik Jabatan berkenaan.






