
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):
Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini, angin baratan kencang dijangka bertiup di rantau negara bermula pada 22 hingga 25 September 2025. Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan fenomena garis badai yang membawa bersama hujan lebat dan angin kencang berlaku terutama di utara Sarawak, barat Sabah serta WP Labuan dalam tempoh tersebut.






