Menurut Malayan Banking Berhad (Maybank):
Aplikasi perisian hasad (Malware) berfungsi melalui beberapa kaedah seperti berikut:
‘TAKTIK YANG DIGUNAKAN:’
- Dihantar melalui aplikasi ‘chatting‘, pautan, lampiran e-mel dan lain-lain.
- Aplikasi malware akan meminta kebenaran menjadi aplikasi utama perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) anda.
- Jika anda klik “Allow” atau memberi kebenaran menjadi aplikasi utama, ia boleh mencuri maklumat SMS, TAC dan OTP anda serta mengakses akaun perbankan anda.
‘TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL:’
Bagaimana jika aplikasi tersebut telah menjadi aplikasi utama SMS dan info perbankan telah dikompromi?
- Padam aplikasi yang mencurigakan
- Tukar kata laluan Maybank2u anda
- Laporkan transaksi yang mencurigakan kepada pihak Maybank di 03-58914744
‘TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL:’
Bagaimana cara untuk mengelakkan dari memuat turun aplikasi malware untuk menjaga keselamatan butiran akaun perbankan anda?
- Hanya muat turun aplikasi mudah alih dari sumber rasmi dan sahih (seperti App Store, Play Store dan lain-lain)
- Jangan benarkan aplikasi yang dimuat turun dari sumber yang tidak sahih menjadi aplikasi utama SMS anda kerana ia boleh mencuri maklumat melalui SMS anda.
- Jangan klik pautan yang mencurigakan dari pihak yang tidak dikenali.
- Sentiasa kemas kini anti-virus dan anti-malware anda kepada versi yang terkini