Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN):
Aplikasi pinjaman wang akan meminta kebenaran untuk mengakses data di telefon bimbit peminjam.
Mereka akan menggunakan maklumat seperti gambar, video dan kenalan peminjam untuk menganggu serta mengugut peminjam atau kenalan.
Tip dan nasihat:
- Berhati-hati ketika memberi kebenaran akses semasa muat turun aplikasi ke telefon bimbit.
- Tukar semua kata laluan perbankan internet, akaun e-wallet dan media sosial sebagai langkah keselamatan.
- Segera uninstall aplikasi tersebut jika berasa curiga.
- Restart semula telefon bimbit. Jika tidak berjaya, format telefon bimbit anda.
SUMBER: