
Menurut Kementerian Kewangan (MOF):
Jangan mudah terpedaya dengan janji manis scammer. Ingat, semak terlebih dahulu!
Scam ini kelihatan begini:
• Melalui media sosial, scammer menawarkan peluang untuk memperoleh pulangan bulanan yang lumayan dengan membeli mesin layan diri.
• Scammer akan mencadangkan lokasi untuk mesin tersebut dan memberi jaminan perkhidmatan penuh.
• Setelah membuat bayaran, scammer akan memberikan pelbagai alasan untuk menangguhkan pembayaran bulanan.
• Akhirnya, mereka menghilangkan diri.
SUMBER:






