
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):
Berdasarkan analisis model-model cuaca, keadaan cuaca kurang hujan dan panas yang sedang berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara dijangka berterusan sehingga awal November 2025 susulan pembentukan ribut tropika di barat Lautan Pasifik dan Laut China Selatan. Sehubungan itu, suhu harian maksimum di sesetengah kawasan dijangka boleh mencecah 36°C dalam tempoh tersebut.
SUMBER:
Facebook Rasmi MET






