Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM):
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terperdaya dan berhati-hati dengan hebahan di akaun Facebook palsu (https://www.facebook.com/malaysiaimmigrationdepartment) yang menggunakan logo Jabatan Imigresen Malaysia dan kenyataan media yang menggunakan nama Ketua Pengarah Imigresen.
Sila rujuk portal (https://www.imi.gov.my) dan Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (https://www.facebook.com/imigresen) untuk sebarang maklumat lanjut.