
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM):
JPBM Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya lebih berwaspada di dua lokasi kawasan angin lintang di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) yang berisiko mengakibatkan kemalangan.
Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Penguasa Kanan Bomba II Mohamed Faiz Muin Mohamed Rasidi memaklumkan bahawa dua lokasi dalam jajaran negeri ini bermula di KM 222 sempadan Melaka hingga Hentian Senawang dan KM 267 Ainsdale hingga ke Seri Putera.
Seramai 150 anggota dan 26 jentera serta tiga van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bersiap siaga sempena Op Siaga Raya yang bermula 28 Jan hingga 2 Feb.
Satu jentera turut diletakkan secara statik di Tol Pedas manakala Unit Rapid Intervention Motorcycle JBPM negeri akan melakukan rondaan secara berkala di kawasan lebuh raya hingga Nilai bagi memastikan keadaan terkawal.
Orang ramai dinasihati supaya sentiasa peka serta menutup semua suis elektrik yang tidak digunakan.
SUMBER: