Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN):
Waspada dengan emel palsu yang diterima dengan tajuk: Parcel Delivery : Ministry of Home Affairs- Customer Service. Sila abai dan padam emel seumpama ini kerana ia memohon pengguna melakukan transaksi pembayaran.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk bertindak bagi pihak kementerian dan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati semasa melakukan sebarang transaksi secara atas talian.
SUMBER:
Facebook Rasmi KDN
Twitter Rasmi KDN