Waspada Fenomena Air Pasang Ekstrem (Banjir Pantai) Melibatkan Beberapa Kawasan di Selangor dari 7 hingga 10 Oktober 2025

TULAR:
90

Menurut Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM):

Fenomena Air Pasang Ekstrem (Banjir Pantai) pada bulan Oktober 2025 akan berlaku di beberapa lokasi di Selangor seperti berikut:

SELANGOR

  • Sekitar Terminal Penumpang South Port Pelabuhan Kelang (Jalan Syahbandar, Jalan Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Kem Pelabuhan Kelang)
  • Sekitar Jeti Sky Mirror, Kuala Selangor
  • Sekitar Pekan Tanjong Karang, Kg. Bagan Sg.Tengkorak & Kg. Bagan Pasir, Tanjong Karang
  • Jalan berhadapan Istana Pantai Bahagia, Morib
  • Taman Glenmary Cove dan Jalan Telok Gong, Kelang

Tarikh : 7 – 10 Oktober 2025
Ramalan Limpahan Air Laut +- 35 cm

SUMBER:
Facebook Rasmi JUPEM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI