WASPADA :
Orang ramai diminta berwaspada dengan halaman Facebook palsu yang kononnya milik Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar.
Menurut kenyataan rasmi Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar:
“Saya dimaklumkan terdapat satu akaun palsu mirip ‘Facebook Page’ saya yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Akaun rasmi saya adalah www.facebook.com/DrAhmadSamsuri . Selain daripada itu, akaun tersebut bukan milik dan tidak mewakili saya.
Mohon semua untuk ‘report kepada Facebook’ page palsu tersebut untuk mengelakkan kekeliruan.”
SUMBER :
Laman Facebook Rasmi Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar