Waspada Hujan Berterusan di Negeri Kelantan dari 19 hingga 21 November 2025

TULAR:
20

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS):

JPS mengeluarkan ramalan awal banjir bagi negeri Kelantan membabitkan tempoh 19 hingga 21 November 2025, susulan jangkaan hujan berterusan yang berpotensi menyebabkan limpahan sungai di beberapa jajahan.

JPS memaklumkan telah mengenal pasti sembilan jajahan yang berisiko terjejas, meliputi kawasan lembangan sungai utama di negeri Kelantan.

Jajahan yang terbabit Adalah:

  1. Jajahan Bachok
    • Lembangan Sungai Gali,
    • Lembangan Sungai Kemasin (Sg. Jelawat)
    • Lembangan Sungai Semerak (Sg. Lubuk Nibong dan Sg. Melor)
  2. Jajahan Machang
    • Lembangan Sungai Kelantan (Sg. Abal, Sg. Bagan, Sg. Dalu, Sg. Galang, Sg. Hala, Sg. Hau, Sg. Joh, Sg. Kemudu, Sg. Kerak dan Sg. Kerawang)
  3. Jajahan Pasir Puteh
    • Lembangan Sungai Kelantan (Sg. Semerak dan Sg. Tasek)
    • Lembangan Sungai Semerak (Sg. Besut, Sg. Daran Buaya, Sg. Jelor, Sg. Kelong dan Sg. Rasau)
  4. Jajahan Kuala Krai
    • Lembangan Sungai Kelantan (Sg. Durian, Sg. Tagor, Sg. Galas, Sg. Sedulek, Sg. Geh, Sg. Nal, Sg. Lebir, Sg. Mel, Sg. Mesek dan Sg. Pahi)
  5. Jajahan Jeli
    • Lembangan Sungai Golok (Sg. Buloh, Sg. Lanas, Sg. Legeh dan Sg. Satan)
    • Lembangan Sungai Kelantan (Sg. Pergau, Sg. Belahat, Sg. Jeli, Sg. Jentiang dan Sg. Taduh)

JPS memaklumkan pemantauan berterusan dilakukan dan sebarang amaran banjir akan dikemas kini sekiranya hujan signifikan berterusan di kawasan-kawasan terbabit.

SUMBER:
Facebook Rasmi JPS

Instagram Rasmi JPS


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI