Waspada Iklan Palsu yang Menyalahgunakan Gambar Menteri Pengangkutan dengan Menawarkan ‘Lesen Kopi-O’

TULAR:
137

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia:

JPJ telah menerima aduan berhubung iklan palsu lesen memandu tanpa latihan dan ujian atau digelar Lesen Kopi-O, di media sosial.

Iklan atas nama akaun Sekolah Memandu Jaya bertindak mempromosikan pemilikan lesen memandu tanpa ujian dengan menggunakan gambar Yang Berhormat Anthony Loke, Menteri Pengangkutan, bertujuan memancing keyakinan orang ramai.

JPJ ingin menegaskan bahawa iklan dan akaun tersebut adalah palsu.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya akan penyebaran promosi menerusi iklan atau akaun yang tidak sah seperti ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kerugian.

SUMBER:
Facebook Rasmi JPJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI