Menurut kenyataan PETRONAS Dagangan Berhad (PETRONAS) :
PETRONAS telah dimaklumkan mengenai aktiviti penipuan melibatkan individu yang menyamar sebagai wakil PETRONAS dan menawarkan peluang pelantikan pengedar kepada orang awam dengan bayaran.
Untuk makluman, PETRONAS tidak melantik mana-mana ejen atau wakil untuk urusan pelantikan pengedar. Semua pengambilan pengedar akan diumumkan melalui platform media digital rasmi kami, iaitu www.mymesra.com.my dan @petronasbrands di Facebook dan Instagram.
SUMBER:
Facebook Rasmi PETRONAS Brands
Instagram Rasmi PETRONAS Brands