Waspada Jangkaan Tiupan Angin Barat Kencang di Rantau Negara Mulai 3 hingga 6 September 2025

TULAR:
60

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):

Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan angin barat yang sedang bertiup di rantau negara dijangka bertambah kencang bermula pada 3 hingga 6 September 2025. Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang di utara Semenanjung (Perlis, Kedah, Pulau Pinang & utara Perak) serta angin kencang dan laut bergelora di perairan Phuket dan Selat Melaka Utara dalam tempoh tersebut.

Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengemaskini Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa sehingga 6 September 2025.

SUMBER:
Facebook Rasmi MET

Instagram Rasmi MET

X Rasmi MET


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI