Waspada Jerebu Rentas Sempadan Melanda Beberapa Negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia

TULAR:
103

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):

Merujuk kepada pencerapan yang dilakukan oleh MET Malaysia, jerebu rentas sempadan didapati sedang melanda beberapa negeri pantai barat Semenanjung Malaysia.

Berdasarkan analisis daripada imej satelit NOAA-20 pada 18 Julai 2025, laporan yang dikeluarkan oleh Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC) mendapati terdapat 79 titik panas di kawasan Sumatera yang berkemungkinan menjadi punca kepada keadaan berjerebu berkenaan yang dibawa oleh tiupan angin barat daya.

MET Malaysia tidak menjangkakan sebarang cuaca hujan atau perubahan arah tiupan angin bagi mengurangkan kesan jerebu berkenaan dalam tempoh beberapa hari ini.

Orang awam dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka memandangkan ia boleh menyebabkan keadaan jerebu bertambah buruk dan pencemaran terhadap alam sekitar.

SUMBER:

Facebook Rasmi MET

X Rasmi MET

Instagram Rasmi MET


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI