Waspada Luruan Monson di Timur dan Utara Semenanjung dan Angin Kencang Serta Laut Bergelora di Laut China Selatan dari 5 hingga 8 Januari 2026

TULAR:
42

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia):

Analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan bahawa luruan monsun dijangka berterusan sehingga 8 Januari 2026. Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di timur dan utara Semenanjung mulai 5 hingga 8 Januari 2026 serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.

Sehubungan itu, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) telah dikeluarkan bagi negeri Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa daripada 5 sehingga 8 Januari 2026, manakala bagi negeri Pahang berkuat kuasa daripada 6 sehingga 8 Januari 2026. Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora juga dikemas kini berkuat kuasa sehingga 6 Januari 2026 bagi Laut China Selatan termasuk perairan barat Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.

SUMBER:

Facebook Rasmi MET

Instagram Rasmi MET

X Rasmi MET


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI