Waspada Luruan Monsun Berterusan di Sarawak, Barat Sabah, WP Labuan dan Laut China Selatan

TULAR:
12

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia):

Analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan bahawa luruan monsun dijangka berterusan sehingga 11 Januari 2026. Keadaan ini berpotensi membawa hujan berterusan di Sarawak, barat Sabah dan WP Labuan. Dalam masa yang sama juga, angin kencang dan laut bergelora berpotensi berlaku di Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.

Sehubungan itu, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) telah dikemas kini bagi barat Sarawak berkuat kuasa pada 9 hingga 10 Januari 2026. Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora juga dikemas kini berkuat kuasa sehingga 13 Januari 2026 bagi Laut China Selatan.

SUMBER:

Facebook Rasmi MET

Instagram Rasmi MET

X Rasmi MET


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI