
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia):
Analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan bahawa luruan monsun dijangka berterusan sehingga 11 Januari 2026. Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di timur Semenanjung dan barat Sarawak serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.
Sehubungan itu, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) telah dikeluarkan bagi negeri Terengganu, utara Kelantan dan timur Pahang berkuat kuasa sehingga 8 Januari 2026, timur Johor berkuat kuasa daripada 7 sehingga 8 Januari 2026, manakala bagi barat Sarawak berkuat kuasa daripada 9 sehingga 10 Januari 2026. Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora juga dikemas kini berkuat kuasa sehingga 8 Januari 2026 bagi Laut China Selatan.
SUMBER:






