Waspada Luruan Monsun Dijangka Memasuki Rantau Negara Bermula Pada 17 Sehingga 21 Mac 2025

TULAR:
137

Menurut Malaysian Meteorological Department (MET):

Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau Negara bermula pada 17 sehingga 21 Mac 2025. Keadaan ini berpotensi menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan berterusan di Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung dalam tempoh berkenaan.

Sehubungan dengan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora berkuat kuasa pada 18 sehingga 21 Mac 2025 bagi perairan Laut China Selatan. Amaran Hujan Berterusan akan dikeluarkan sebaik sahaja output model-model ramalan cuaca mencapai tahap keyakinan yang tinggi.

SUMBER:

Facebook Rasmi MET

X Rasmi MET

Instagram Rasmi MET


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI