
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):
Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka berterusan sehingga 23 Mac 2025. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Sarawak, Sabah, W.P. Labuan dan timur Semenanjung serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan.
Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan negeri Sarawak berkuat kuasa sehingga 20 Mac 2025. Manakala Amaran Hujan Berterusan (Waspada) di Pahang, Johor dan Sabah berkuat kuasa pada 20 hingga 21 Mac 2025.
MET Malaysia juga telah mengemas kini Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan dan berkuat kuasa sehingga 21 Mac 2025.